Saturday, January 30, 2010

Dialog Idealisme Generasi Muda

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku bersama rakan seuniversitiku pergi ke Angkasapuri TV 1 bagi mengikuti program "Dialog Idealisme Generasi Muda" bersama Y.A.B Tan Sri Muhyidin Yassin. Bagiku pengisian program ini sangat bermakna buat generasi muda seperti kami. Kami dapat berinteraksi secara terus dengan pemimpin yang kami sanjungi itu. Segala soalan yang diajukan dapat dijawab dengan terang dan jelas. Disitu telah terserlah kewibawaan Tan Sri dalam kepimpinannya.

Disamping dapat berinteraksi secara terus dengan pemimpin itu, mahasiswa dan mahasiswi juga dapat didedahkan dengan dunia penyiaran. Mahasiswa dan mahasiswi dapat melihat dengan sendiri bagaimana proses rakaman program televisyen dikendalikan. Ini dapat menambah dan meluaskan lagi pengetahuan mereka tentang dunia penyiaran yang sebenar.

Akhir kata, semoga program seperti ini dapat diadakan lagi supaya generasi muda dapat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka secara terus kepada pucuk pimpinan kita.

Wassalam...

Ibu: Selembut Wajahmu

Assalamualaikum W.B.T.....

Untuk post yang pertama ini, aku ingin menceritakan tentang ibuku yang tercinta (Masniah bt Mansor)

Disebalik wajah ibu yang lembut, sebenarnya tersimpan ketabahan dan kecekalan yang tinggi. Bagi diriku, ibuku adalah seorang yang sangat penyayang, cekal dan tabah. Walaupun melalui pelbagai rintangan dan cubaan, ibuku masih boleh tersenyum kepada suami dan anak-anaknya. Tidak pernah aku mendengar ibu mengeluh..sungguh..aku sangat kagum kepada ibuku..Bila kami menghadapi masalah, ibu cepat mententeramkan kami. Dia memberikan kami kata-kata semangat dan motivasi..kata ibu "Jangan Mudah Mengalah". Kata-kata semangat itulah yang memberikan kekuatan kepada kami adik beradik...Tetapi disebalik kelembutan itu, ibuku sangat mementingkan tentang akhlak anak-anaknya. Dia sentiasa mengingatkan kami supaya sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga. Dia tidak mahu anak-anaknya terlibat dengan perkara-perkara yang tidak elok.

Akhir sekali...sayangilah dan hormatilah ibu kita...seperti mereka menyayangi diri kita...Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka juga..semoga kita menjadi anak-anak yang mengenang jasa..Amin..

Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...