Sunday, October 31, 2010

Pertuturan Melambangkan Keperibadian

Assalamualaikum W.B.T....

Erm...Pertuturan melambangkan keperibadian...btul tu...aku sgt bersetuju dengan kenyataan ini...Perkataan dan cara pertuturan kita sebenarnya juga boleh menyebabkan orang lain tahu keperibadian kita yang sebenar..Pertuturan yang baik, lemah lembut dan berkhemah diikuti dengan cara penyampaian baik dan sopan menggambarkan seseorang itu seorang yang berkeperibadian mulia, manakala pertuturan yang kasar, biadap dan tiada nilai kesopanan dalam penyampaian menggambarkan yang sebalikya.

Tetapi kita sebagai seorang manusia tidak pernah lari daripada kesilapan dan kelalaian, apabila kita dalam keadaan marah atau tertekan, kita akan mengeluarkan kata2 yang kesat dan tidak sewajarnya. Kita lupa bahawa kita adalah seorang manusia yang berbangsa melayu dan beragama islam yang terkenal dengan ketinggian budi dan akhlaknya. Jika kita menggunakan perkataan2 yang tidak sewajarya, kita sebenarnya telah membiarkan orang lain memandang serong terhadap diri kita, lebih2 lagi bagi orang yang berlainan bangsa dan agama dengan kita..mereka akan mempertikaikan, beginikah cara orang melayu dan islam bertutur?

Jadi, seeloknya kawal lah pertuturan kita dengan seeloknya supaya kita menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja di dunia, malahan juga di akhirat..InsyaAllah....

Wassalam...


2 comments:

  1. saya setuju sangat!!! pertuturan..perkataan memang melambangkan peribadi seseorang itu~

    ReplyDelete
  2. ye btul tu...terima ksih di atas sokgn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...