Saturday, October 15, 2011

Udang Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum wbt.

Hai semua..apa khabar..diharap sihat sejahtera semuanya.. Hari ini aku ingin berkongsi resepi udang masak lemak cili api.. hurm..resepi ni simple je..senang dan mudah je nak memasaknya...takde apalah yang special sangat..rasanya ramai je yang tau masak hidangan ni kan..saje je nak berkongsi..

Bahan-bahanya:
- 1/2 Kg udang
- cili api (kalau suka pedas boleh guna banyak sikit)
- 3 cawan santan
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- air asam jawa
- garam dan gula sbgi bhan perasa
- minyak masak
- serbuk kunyit/ kunyit hidup di tumbuk
- Daun kunyit

Cara-cara Penyediaan:
- Siang udang dan basuh hingga bersih (nak hilangkan hanyir basuh dengan air asam jawa)
- Hiris bawang putih,bawang merah dan halia
- Tumbuk @ kisarkan cili api
- Panaskan minyak
- Tumis bawang putih, bawang merah dan halia
- Bila sudah naik bau, masukkan cili api yang sudah dikisar td
- Masukkan santan, serbuk kunyit/kunyit hidup
- Bila sudah mendidih masukkan udang
- Kemudian masukkan air asam jawa
- Masukkan garam/gula secukup rasa
- Bila udang sudah nampak masak masukkan daun kunyit yang telah diracik-racik.
- Dan angkat untuk dihidangkan


Sekian untuk kali ini..selamat mencuba...:)


Sunday, May 8, 2011

Resepi Ayam Panggang: Lazat!!!!

Assalamualaikum w.b.t...

Hai semua....hari ini aku ingin berkongsi resepi ayam panggang yang lazat....hee..resepi ini adalah resepi turun temurun keluargaku..selalunya kalau mak masak ayam panggang memang bertambah-tambah kami sekeluarga makan..hingga menjilat jari...hee...

Di bawah ini adalah bahan-bahan untuk memasak ayam panggang:

  • 1 ekor ayam dibelah empat
  • 1 cawan santan pekat (yang fresh lagi bagus)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
bahan untuk dikisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • beberapa tangkai lada kering (ikut kesukaan nak pedas@ tidak)
  • beberapa gram rempah jintan dan ketumbar
Cara-caranya:

  • Kisar semua bahan-bahan yang perlu dikisar (kisar kering) -kalau tumbuk lagi sedap-
  • campurkan santan pekat ke dalam bahan-bahan yang dikisar tadi
  • masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • Gaulkan bahan-bahan ni semua dengan ayam yang dipotong empat tadi
  • perap dalam lebih kurang 1 jam @ 2 jam dan bakar/panggang
p/s: :Nak lagi sedap buat cecah die: kicap+beberapa potong cili+bawang merah+limau kasturi
pastu makan dengan nasi panas...

Selamat mencuba.......

Wassalam


Sunday, May 1, 2011

Dialah Penawar Duka....

Assalamualaikum w.b.t....

Di saat terasa gusar lalu lahirlah madah dan catatan ini...
  • Tatkala aku dalam kegelapan, Kaulah penyinarku
  • Tatkala hatiku sakit dan pedih, Kaulah pengubatku
  • Tatkala aku menangis dan bersedih, Kaulah pemujukku
  • Tatkala aku kesunyian, Kaulah penemanku
  • Tatkala aku menunggu sesuatu @ seseorang, Kau memang sudah sentiasa disisiku
  • Tatkala aku ingin meluahkan sesuatu, Kau sentiasa mendengar
  • Tatkala aku lemah, Kaulah penguatku
DIA sentiasa berada di sisi kita, tidak kira diwaktu susah dan senang, kepada Dialah tempat kita berharap dan mengadu, kerana sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..

Wassalam....



Thursday, March 31, 2011

Ikhlaskah Hati?

Assalamualaikum..w.b.t.

Ikhlaskah hati ini sepenuhnya? kdg2 itulah yg bermain difikiran...spt yg kt ketahui iklhas merupakan salah satu sifat mulia yang sangat baik jk diterapkan dalam dri setiap insan..tapi kadang-kala keikhlasan menjadi keterpaksaan pula bila kt sudah tidak berasa selesa dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh yg paling mudah ialah tatkala org mmnta pertolgan dari kt, kt akan membantu tp bkn dgan spenuh hati...tp krana hndak menjaga hati orang itu @ tdk mahu org rasa kt ni berat tulang dan pntingkan diri sendiri...

Bagiku..hendk menolong orang ada batasnya juga..jgn sampai kt yg teraniaya, dpergunakan dan dan dibuat sewenangnya....harus ada prinsip dalam menolong orang...tp kdg-kala serba salah dibuatnya, tolong salah, tak tolong salah..btul tak? akhirnya kt jg yg makan hati..

Jadi kesimplannya berpada-padalah dlm meminta pertongn dri org lain, lihatlah situasi dan keadaan org itu..jk dia tdk dpat membantu, mungkin ada sbb2 yg tertentu..dan jgn nk menyalahkan org itu sahaja...lihatlah diri kt jg..

Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...