Sunday, May 8, 2011

Resepi Ayam Panggang: Lazat!!!!

Assalamualaikum w.b.t...

Hai semua....hari ini aku ingin berkongsi resepi ayam panggang yang lazat....hee..resepi ini adalah resepi turun temurun keluargaku..selalunya kalau mak masak ayam panggang memang bertambah-tambah kami sekeluarga makan..hingga menjilat jari...hee...

Di bawah ini adalah bahan-bahan untuk memasak ayam panggang:

  • 1 ekor ayam dibelah empat
  • 1 cawan santan pekat (yang fresh lagi bagus)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
bahan untuk dikisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • beberapa tangkai lada kering (ikut kesukaan nak pedas@ tidak)
  • beberapa gram rempah jintan dan ketumbar
Cara-caranya:

  • Kisar semua bahan-bahan yang perlu dikisar (kisar kering) -kalau tumbuk lagi sedap-
  • campurkan santan pekat ke dalam bahan-bahan yang dikisar tadi
  • masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • Gaulkan bahan-bahan ni semua dengan ayam yang dipotong empat tadi
  • perap dalam lebih kurang 1 jam @ 2 jam dan bakar/panggang
p/s: :Nak lagi sedap buat cecah die: kicap+beberapa potong cili+bawang merah+limau kasturi
pastu makan dengan nasi panas...

Selamat mencuba.......

Wassalam


Sunday, May 1, 2011

Dialah Penawar Duka....

Assalamualaikum w.b.t....

Di saat terasa gusar lalu lahirlah madah dan catatan ini...
  • Tatkala aku dalam kegelapan, Kaulah penyinarku
  • Tatkala hatiku sakit dan pedih, Kaulah pengubatku
  • Tatkala aku menangis dan bersedih, Kaulah pemujukku
  • Tatkala aku kesunyian, Kaulah penemanku
  • Tatkala aku menunggu sesuatu @ seseorang, Kau memang sudah sentiasa disisiku
  • Tatkala aku ingin meluahkan sesuatu, Kau sentiasa mendengar
  • Tatkala aku lemah, Kaulah penguatku
DIA sentiasa berada di sisi kita, tidak kira diwaktu susah dan senang, kepada Dialah tempat kita berharap dan mengadu, kerana sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..

Wassalam....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...