Saturday, October 15, 2011

Udang Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum wbt.

Hai semua..apa khabar..diharap sihat sejahtera semuanya.. Hari ini aku ingin berkongsi resepi udang masak lemak cili api.. hurm..resepi ni simple je..senang dan mudah je nak memasaknya...takde apalah yang special sangat..rasanya ramai je yang tau masak hidangan ni kan..saje je nak berkongsi..

Bahan-bahanya:
- 1/2 Kg udang
- cili api (kalau suka pedas boleh guna banyak sikit)
- 3 cawan santan
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- air asam jawa
- garam dan gula sbgi bhan perasa
- minyak masak
- serbuk kunyit/ kunyit hidup di tumbuk
- Daun kunyit

Cara-cara Penyediaan:
- Siang udang dan basuh hingga bersih (nak hilangkan hanyir basuh dengan air asam jawa)
- Hiris bawang putih,bawang merah dan halia
- Tumbuk @ kisarkan cili api
- Panaskan minyak
- Tumis bawang putih, bawang merah dan halia
- Bila sudah naik bau, masukkan cili api yang sudah dikisar td
- Masukkan santan, serbuk kunyit/kunyit hidup
- Bila sudah mendidih masukkan udang
- Kemudian masukkan air asam jawa
- Masukkan garam/gula secukup rasa
- Bila udang sudah nampak masak masukkan daun kunyit yang telah diracik-racik.
- Dan angkat untuk dihidangkan


Sekian untuk kali ini..selamat mencuba...:)


Sunday, May 8, 2011

Resepi Ayam Panggang: Lazat!!!!

Assalamualaikum w.b.t...

Hai semua....hari ini aku ingin berkongsi resepi ayam panggang yang lazat....hee..resepi ini adalah resepi turun temurun keluargaku..selalunya kalau mak masak ayam panggang memang bertambah-tambah kami sekeluarga makan..hingga menjilat jari...hee...

Di bawah ini adalah bahan-bahan untuk memasak ayam panggang:

  • 1 ekor ayam dibelah empat
  • 1 cawan santan pekat (yang fresh lagi bagus)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
bahan untuk dikisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • beberapa tangkai lada kering (ikut kesukaan nak pedas@ tidak)
  • beberapa gram rempah jintan dan ketumbar
Cara-caranya:

  • Kisar semua bahan-bahan yang perlu dikisar (kisar kering) -kalau tumbuk lagi sedap-
  • campurkan santan pekat ke dalam bahan-bahan yang dikisar tadi
  • masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • Gaulkan bahan-bahan ni semua dengan ayam yang dipotong empat tadi
  • perap dalam lebih kurang 1 jam @ 2 jam dan bakar/panggang
p/s: :Nak lagi sedap buat cecah die: kicap+beberapa potong cili+bawang merah+limau kasturi
pastu makan dengan nasi panas...

Selamat mencuba.......

Wassalam


Sunday, May 1, 2011

Dialah Penawar Duka....

Assalamualaikum w.b.t....

Di saat terasa gusar lalu lahirlah madah dan catatan ini...
  • Tatkala aku dalam kegelapan, Kaulah penyinarku
  • Tatkala hatiku sakit dan pedih, Kaulah pengubatku
  • Tatkala aku menangis dan bersedih, Kaulah pemujukku
  • Tatkala aku kesunyian, Kaulah penemanku
  • Tatkala aku menunggu sesuatu @ seseorang, Kau memang sudah sentiasa disisiku
  • Tatkala aku ingin meluahkan sesuatu, Kau sentiasa mendengar
  • Tatkala aku lemah, Kaulah penguatku
DIA sentiasa berada di sisi kita, tidak kira diwaktu susah dan senang, kepada Dialah tempat kita berharap dan mengadu, kerana sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..

Wassalam....



Thursday, March 31, 2011

Ikhlaskah Hati?

Assalamualaikum..w.b.t.

Ikhlaskah hati ini sepenuhnya? kdg2 itulah yg bermain difikiran...spt yg kt ketahui iklhas merupakan salah satu sifat mulia yang sangat baik jk diterapkan dalam dri setiap insan..tapi kadang-kala keikhlasan menjadi keterpaksaan pula bila kt sudah tidak berasa selesa dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh yg paling mudah ialah tatkala org mmnta pertolgan dari kt, kt akan membantu tp bkn dgan spenuh hati...tp krana hndak menjaga hati orang itu @ tdk mahu org rasa kt ni berat tulang dan pntingkan diri sendiri...

Bagiku..hendk menolong orang ada batasnya juga..jgn sampai kt yg teraniaya, dpergunakan dan dan dibuat sewenangnya....harus ada prinsip dalam menolong orang...tp kdg-kala serba salah dibuatnya, tolong salah, tak tolong salah..btul tak? akhirnya kt jg yg makan hati..

Jadi kesimplannya berpada-padalah dlm meminta pertongn dri org lain, lihatlah situasi dan keadaan org itu..jk dia tdk dpat membantu, mungkin ada sbb2 yg tertentu..dan jgn nk menyalahkan org itu sahaja...lihatlah diri kt jg..

Wassalam...

Sunday, October 31, 2010

Pertuturan Melambangkan Keperibadian

Assalamualaikum W.B.T....

Erm...Pertuturan melambangkan keperibadian...btul tu...aku sgt bersetuju dengan kenyataan ini...Perkataan dan cara pertuturan kita sebenarnya juga boleh menyebabkan orang lain tahu keperibadian kita yang sebenar..Pertuturan yang baik, lemah lembut dan berkhemah diikuti dengan cara penyampaian baik dan sopan menggambarkan seseorang itu seorang yang berkeperibadian mulia, manakala pertuturan yang kasar, biadap dan tiada nilai kesopanan dalam penyampaian menggambarkan yang sebalikya.

Tetapi kita sebagai seorang manusia tidak pernah lari daripada kesilapan dan kelalaian, apabila kita dalam keadaan marah atau tertekan, kita akan mengeluarkan kata2 yang kesat dan tidak sewajarnya. Kita lupa bahawa kita adalah seorang manusia yang berbangsa melayu dan beragama islam yang terkenal dengan ketinggian budi dan akhlaknya. Jika kita menggunakan perkataan2 yang tidak sewajarya, kita sebenarnya telah membiarkan orang lain memandang serong terhadap diri kita, lebih2 lagi bagi orang yang berlainan bangsa dan agama dengan kita..mereka akan mempertikaikan, beginikah cara orang melayu dan islam bertutur?

Jadi, seeloknya kawal lah pertuturan kita dengan seeloknya supaya kita menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja di dunia, malahan juga di akhirat..InsyaAllah....

Wassalam...


Wednesday, October 27, 2010

CINTA pada LOVE

These are popular quotes and sayings that are meaningful to express love feeling ~



We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.

Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.

" A man falls in LOVE through his eyes, a women through her ears"

"Nothing hurts more than realizing he meant everything to you and you meant nothing to him"

Have you ever wondered which hurts the most: saying something and wishing you had not, or saying nothing, and wishing you had?

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dirinya.

Cinta adalah kerajaan wanita.

Dicintai seseorang secara mendalam memberi anda kekuatan, dan mencintai seseorang secara mendalam memberi anda keberanian.

Love is composed of a single soul inhabiting two bodies.

I love you, not only for what you are, But for what I am when I am with you

It's so easy, To think about Love, To Talk about Love, To wish for Love, But it's not always easy, To recognize Love, Even when we hold it.... In our hands ..

It takes a couple seconds to say Hello, but forever to say Goodbye.

Love is but the discovery of ourselves in others, and the delight in the recognition

Karena cinta duri menjadi mawar ..Karena cinta cuka menjelma anggur segar?

Saya belajar bahwa saya tidak dapat memaksa seseorang untuk mencintai saya. Saya hanya dapat berbuat sesuatu untuk orang yang saya cintai.

Seorang laki-laki jatuh cinta melalui matanya, seorang wanita jatuh cinta melalui telinganya.

Cinta menyembunyikan kebodohan, dan kebencian memperlihatkan banyak kesalahan.

Wanita ingin dicintai tanpa syarat; bukan karena ia cantik, atau baik, atau anggun, atau pintar tetapi karena ia apa adanya.

hidup ini sesungguhnya mudah dan sederhana jika anda tidak banyak tuntutan. karena sesungguhnya hidup ini penuh dengan kebahagiaan jika anda tak dikuasai oleh ilusi,ambisi dan keakuan.

All love is sweet, given or returned

There is no remedy for love but to love more

Love is the irresistible desire to be irresistibly desired

Cinta pada dunia, dunia akan pergi, Cinta pada manusia, manusia akan mati,Cintalah pada Tuhan kerana Dialah yang kekal abadi.

Cinta….Dengan sayap lembutnya ia akan membawamu terbang keawan dan sebagaimana Cinta menenggelamkanmu hingga kedasar laut yang paling dalam……..

If I know what love is, it is because of you.

A simple I love you means more than money

Datang dan pergi seperti angin
tak beraturan dan arah
merasakan cinta dalam kehidupan
kadang ku bahagia kadang ku bersedih

True love is eternal, infinite, and always like itself. It is equal and pure, without violent demonstrations: it is seen with white hairs and is always young in the heart


Taken with the courtesy of:

K.A.K The Blog

Tuesday, September 21, 2010

salam aidilfitiri.....

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah..bersyukur kpd yg esa krn diberi kt peluang lg untuk mymbut aidilfitri yg mulia ini lg...

Hari raya hanya kita sambut setahun skali dan ia memberi seribu makna kpd stiap org islam yg mymbutnya..Hari raya bermksud kemenangan kita krana brjaya mghrungi ibadah puasa dengan jayanya...dan tanda kita bersyukur di atas setiap kurniaan dariNya..

Kebiasaanya pada hari raya aidilfitri org akan mmsak masakan sperti ketupat,lemang, lepat, lodeh, sambal kcg, rendang dgging dan sbginya...bgt juga dengan keluargaku...selalunya sehari sebelum raya dan malam raya aku dan kakakku akan sibuk didapur membantu ibu menyiapkan juadah, memg agak meletihkan..tp dalam keletihan terselit rasa gembra dan berkobar2 krn hndak myambut hari rya...he..

Dikampungku selalunya selepas solat hari raya, org lelaki akan berkunjung dri satu rumah ke rumah iaitu marhaban @ bara'an..ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahin diantara pnduduk kg...Bagi org perempuan pula, kebiasaanya mrk akan mgadakan marhaban pada hri rya ke-4 @ ke-5..

selain kunjung mengunjung amalan yg kita tdk bolh lupakan pd hari rya ialah bersalam2an dan bermaafan2 kepada ibu bapa kita, adik beradik, saudara mara, jiran2 dan sahabat handai..dan juga menziarahi kubur...

Diharpkan hari raya ini memberikan seribu kemanisan dan kegembiraan kpd kt smua Amin...

Wassalam...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...