Saturday, January 30, 2010

Ibu: Selembut Wajahmu

Assalamualaikum W.B.T.....

Untuk post yang pertama ini, aku ingin menceritakan tentang ibuku yang tercinta (Masniah bt Mansor)

Disebalik wajah ibu yang lembut, sebenarnya tersimpan ketabahan dan kecekalan yang tinggi. Bagi diriku, ibuku adalah seorang yang sangat penyayang, cekal dan tabah. Walaupun melalui pelbagai rintangan dan cubaan, ibuku masih boleh tersenyum kepada suami dan anak-anaknya. Tidak pernah aku mendengar ibu mengeluh..sungguh..aku sangat kagum kepada ibuku..Bila kami menghadapi masalah, ibu cepat mententeramkan kami. Dia memberikan kami kata-kata semangat dan motivasi..kata ibu "Jangan Mudah Mengalah". Kata-kata semangat itulah yang memberikan kekuatan kepada kami adik beradik...Tetapi disebalik kelembutan itu, ibuku sangat mementingkan tentang akhlak anak-anaknya. Dia sentiasa mengingatkan kami supaya sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga. Dia tidak mahu anak-anaknya terlibat dengan perkara-perkara yang tidak elok.

Akhir sekali...sayangilah dan hormatilah ibu kita...seperti mereka menyayangi diri kita...Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka juga..semoga kita menjadi anak-anak yang mengenang jasa..Amin..

Wassalam...

4 comments:

  1. di sebalik itu..ibu bukan dibentuk selepas berkahwin..seorang ibu ayng terbaik dihasilkan melalui persediaan sebelum berkahwin iaitu semasa di peringkat pra perkahwinan...di mana calon ibu tersebut melengkapkan diri sendiri dgn ilmu yang berpatutan..supaya kelak ibu tersebut akan berjaya selalu..

    ReplyDelete
  2. erm..betul tu..sy bersetuju dengan Mr. Kay..

    ReplyDelete
  3. JADI TO MISS ANNY: awak akan jadi ibu satu hari nanti..persiapkanlah diri awak dengan ilmu2 yang boleh buat awak jadi ibu yang baik..

    lagi satu..di samping kita menghormati peranan ibu..jgn sesekali kita lupa bahawa bapa juga ada sumbangannya ke arah membina insan yang berjaya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...