Saturday, January 30, 2010

Dialog Idealisme Generasi Muda

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku bersama rakan seuniversitiku pergi ke Angkasapuri TV 1 bagi mengikuti program "Dialog Idealisme Generasi Muda" bersama Y.A.B Tan Sri Muhyidin Yassin. Bagiku pengisian program ini sangat bermakna buat generasi muda seperti kami. Kami dapat berinteraksi secara terus dengan pemimpin yang kami sanjungi itu. Segala soalan yang diajukan dapat dijawab dengan terang dan jelas. Disitu telah terserlah kewibawaan Tan Sri dalam kepimpinannya.

Disamping dapat berinteraksi secara terus dengan pemimpin itu, mahasiswa dan mahasiswi juga dapat didedahkan dengan dunia penyiaran. Mahasiswa dan mahasiswi dapat melihat dengan sendiri bagaimana proses rakaman program televisyen dikendalikan. Ini dapat menambah dan meluaskan lagi pengetahuan mereka tentang dunia penyiaran yang sebenar.

Akhir kata, semoga program seperti ini dapat diadakan lagi supaya generasi muda dapat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka secara terus kepada pucuk pimpinan kita.

Wassalam...

2 comments:

  1. 1Malaysia :Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan!

    ReplyDelete
  2. Dan sebenarnya..sebagai seorang pemimpin inilah tanggungjawab paling besar bagi mereka iaitu..memimpin kita ..yang tergolong dalam golongan muda ni..bukannya hanya mengikut musim..bila dah dekat pilihanraya baru nak turun padang jenguk rakyat dan sebagainya..lagipun 1 dari beribu peranan atau tanggungjawab yang seharusnya dimainkan oleh pemimpin ialah mendidik org2 yang dipimpinnya..didiklah mereka dgn didikan yang betul..kelak mereka akan berjaya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...